Tanpa sengaja rasa yang kamu rasa/bakal rasa itu adalah mencintai kenalan sendiri. Kerana ada yang menggerakkan rasa itu sendiri. Tapi kamu punya bermacam halangan. Sehingga kamu sakit dalam diam perasaan.
Friday, June 13, 2014
Sesuatu Yang Menghalang
Tanpa sengaja rasa yang kamu rasa/bakal rasa itu adalah mencintai kenalan sendiri. Kerana ada yang menggerakkan rasa itu sendiri. Tapi kamu punya bermacam halangan. Sehingga kamu sakit dalam diam perasaan.
Friday, June 6, 2014
Mungkin Sebuah Perjalanan
Menuliskan
sesuatu. Sudah lama dahulu. Kalau dibilang-kira, akhir aku menulis di blog ini
pada Ogos 2012. Pernah ada rasa yang datang menyapa sesekali -- dalam tahun
tanpa menulis di sini. Cuma aku "nanti dulu" untuk seberapa banyak
kali sapaan itu. Akhirnya, ini harinya aku mula menulis semula dalam blog --
mungkin. Mungkin bakal kerap atau mungkin cuma gitu-gitu.
Masih
kekeringan atau sudah ketumpulan. tidak pasti. Tapi masih lagi mahu memberi dan
berkongsi tentang banyak hal yang terjadi. Sebulan saja boleh berkongsi beratus
– beribu cerita, inikan dua tahun. Wah lama..
Tapi
mungkin tidak selama masa yang aku ambil untuk betul betul percaya yang aku
boleh gunakan anugerah yang Tuhan hembuskan sedikit pada aku, untuk membiayai
diri aku sendiri. Ya aku gunakan hasilnya untuk biaya hidup aku—walaupun sikit.
Hasil itu bukan pada wang jualannya tapi
pada kepuasan aku sendiri. Kerana aku rasa puas itu adalah bila aku berkongsi
apa yang aku rasa dan kamu dapat merasakan apa yang aku rasa. Mungkin itu berkat dari aku sabar, berfikir, bertanya pendapat
dan cuba mendekati orang lain. Puas. Terima Kasih.
Teringat pula pada permulaan perkongsian aku buat ini. Dikenang semula sememangnya Lucu tentang itu dan ini. Dari beberapa penulisan puisi penulis-penulis hebat yang aku cuba belajar dengan meniru-nulis penulisan, sampai aku cuba-cuba menulis sendiri. Semestinya itu pada zaman aku Menengah Tinggi. Waktu itu juga aku belajar cari kenalan yan sama minat atau lebih kurang minatnya pada sastera, baik pada penulisan puisi, cerpen, novel mahupun krew krew pementasan teater. Sehinggakan tertubuh satu ‘badan rahsia’ yang berjaya mengeluarkan sebuah Zine. Berjaya. Sehingga taman persekolahan Menengah Tinggi.
Teringat pula pada permulaan perkongsian aku buat ini. Dikenang semula sememangnya Lucu tentang itu dan ini. Dari beberapa penulisan puisi penulis-penulis hebat yang aku cuba belajar dengan meniru-nulis penulisan, sampai aku cuba-cuba menulis sendiri. Semestinya itu pada zaman aku Menengah Tinggi. Waktu itu juga aku belajar cari kenalan yan sama minat atau lebih kurang minatnya pada sastera, baik pada penulisan puisi, cerpen, novel mahupun krew krew pementasan teater. Sehinggakan tertubuh satu ‘badan rahsia’ yang berjaya mengeluarkan sebuah Zine. Berjaya. Sehingga taman persekolahan Menengah Tinggi.
Masuk
ke alam Pengajian Tinggi. Tiada kenalan baru yang minatnya sama seperti aku.
Mana mungkin Kejuruteraan Elektronik Data minatnya tertumpu pada sastera.
Haruslah minatnya kea rah pengiraan matematik arus dan voltan, asas asas
kejuruteraan dan seiringnya. Jadi aku hidup sendiri. Tapi aku tetap menulis, sikit sikit. Jadilah.
Aku
ubah daripada seorang penulis kepada pereka zine/buku. Tolong kenalan lama yang
hasratnya untuk mempunyai sebuah zine/buku hasil penulisan mereka sendiri. Aku tolong.
Sememangnya agak rumit untuk menyempurnakan sesuatu hal dan rancangan, walaupun
sudah dirancang dengan betul. Pengalaman baru. Dan aku setuju untuk merasakannya.
Hampir
hujung pengajian, aku kenal dengan seseorang, kenalan abangku. Atas perkenalan
itu dia jadi kawan yang mungkin rapat – amat. Menjemput hadir ke acara
kendalian kenalannya. Harus tahu, kenalannya itu adalah salah seorang pemuisi dan
penulis lirik untuk lagu-lagunya sendiri. Kak Wani Ardy. Pemuisi yang dulu aku cuba cuba meniru-nulis
penulisannya. Sekarang rapat dan lebih selesa memanggilnya Kak Wani daripada
Miss Wani seperti panggilan diguna oleh pelajar-pelajarnya. Dalam acara itu
juga aku terjumpa seorang pria; Mosyuki Borhan. Handsome. Tidak pelik kalau dia
sentiasa dikerumuni peminat penulisannya yang rata-rata adalah perempuan. Oh ya,
Penulisannya juga jadi rujukan dan bacaan aku untuk hari hari kedepan. Dua dua hebat. Memuji
hebat juga aku ni ya.
Dan
dalam hujung pengajian aku juga, fikiran aku makin diracuni. Ternyata kenalan
yang kita ada sekarang itu sangat mempengaruhi. Tanpa sedar, aku selongkar di buku-buku
dan nota simpanan laptop aku,dan aku mula menyusun penulisan-penulisan aku
yang sememangnya mentah itu untuk dijadikan zine—jauh sekali dianggap sebagai
buku.
Sering
menghabiskan masa berfikir dan berbincang dengan sahabat rapat aku tentang hal
ini sambil ngeteh di kedai mamak. Sehingga kami menjadi pelanggan tetapnya. Kiranya
hampir setahun atau lebih untuk aku setuju membuatkannya.
Zine
#SindiketTentangRasa . Daripada 50 buah hingga ke entah berapa yang sudah aku
keluarkan. Alhamdulillah. Niat aku masih tidak lari, untuk berkongsi. Tidak putus-putus.
Tidak teragak-agak.
Mungkin
blog ini akan dijadikan tempat tempelan posting-posting penulisan aku selepas
ini. Sebab aku rasa menjadi orang yang di belakang itu lagi seronok dari menjadi
orang yang ditolak ke depan. Mungkin tidak semua akan faham maksudnya. Tapi benar, melihat orang yang gembira hasil
pertolongan kita itu bagi aku adalah juga satu kepuasan. Dalam semua hal yang
terjadi atau yang kita inginkan itu akhirnya menemui kepuasan. Tanpa diduga.
Subscribe to:
Posts (Atom)