Sunday, August 17, 2014

DEFINISI KAWAN


Kawan boleh diberi maksud dari pelbagai situasi, pandangan, pengalaman, perasaan, dari foto-foto yang kita lihat dan mungkin cuma pada apa yang terlintas bila perkataan K    A    W   A   N  itu berkeliaran dalam benak fikiran kita. Tidak kira kawan rapat, jauh, cuma kenal, atau cuma buat-buat kenal.


Pada aku kawan itu:
Adalah 'tempat' yang kau merasa cukup walaupun kau memang terkurang sesuatu.

Kadang-kadang kita rasa aman bila ada kawan. Kawan adalah sebahagian daripada kita.

Terus aku terfikir untuk bertanya pada beberapa orang kenalan aku tentang "definisi kawan" dari sudut mereka. Dan mereka berikan ini....

"Kawan itu adalah 'makhluk' yang secara tak sengaja kita terambil kesempatan dan terkadang kita tersangkut perasaan padanya"
--MosyukiBorhan

"Kawan itu bahaya. munkin akan buat kau merana, tapi boleh juga jadi kunci bahagia. kau nak yang mana?"
--AmirahAzman

"He/She is a companion. Which means when he/she needs help they will come to you or vice versa; just there when in need if not they will be there."
--HaiqalBotak

"Kawan itu senang dapat -- senang pergi. tapi kalau brotherhood ni orang yang kau dah jumpa paling ngam, yang kau boolehh kongsi cerita segala bagai dan akan beri feedback ikhlas."
--IyraBolkin

"Kawan tu.... Kawan sampai mati."
--SyamilFirdaus

"Those who got into your life by fate and stayed by choice."
--NejjAulaa

"Kawan tu macam kucing yang kita dah beri makan. Dia sentiasa ada, tunggu dan buat kita happy bila berjumpa. Kawan itu mendamaikan.Mampu penuhi, melengkapi dan saling memerlukan."
--AinaSafia

"Kawan hanyalah gelaran. Tapi bila kawan yang sentiasa ada di kala senang dan susah, itu Sahabat."
--HaiqalTaj