Wednesday, June 22, 2011

Masak Bersama Chep _ _ _

Bertemu kembali kita dalam rancangan "Masak Bersama Chep EL" di TV3Suku.
Seperti biasa, hari ni chep nak tunjukkan kepada tuan-tuan dan puan-puan terutamanya pelajar yang baru nak masuk belajar tuh. Hari ni kita akan menyediakan makanan yang ringkas seperti membuat ringkasan BM time SPM dulu.


Ape?? anda nak lihat macam mane rupa makanan tersebut?
Kalut betul hangpa semua ni.tunggu dah siap la.



Mari kita mulakan, chep pnye rancangan ni sejam je siaran dia. kenalah cepat-cepat skit.


~PIZZA BUJANG~
ok mula2 kita sediakan bahan-bahannya.

Bahan A:
-Bawang
-Ayam
-Lobak(ikot korang nak guna lobak apa)
-Sos tomato
-Black paper(serbuk)

Bahan B:
-Roti(ikut nafsu time tu nk berapa keping)
-Hotdog
-Mayo

Mari mulakan dengan Bahan A.

Mula-mula kita potong bawang  kecil-kecil supaya mudah korang nak telan.lepas tu kita masukkan bawang dalam mangkuk ni.. dapur kita niii kena la bersih skit, nak-nak time live dalam tv macam ni.

Ok2. kemudian potong bahagian ayam yang mana korang nak. masukkan ayam dalam tempat pengisar kemudian kisar. Ingat... jangang terlampau hancur nanti tak rasa pulak ayamnya. bagi dia ketul-ketul baru ada nikmat makan nanti.

lopeh tu, kita potong nipis-nipis lobak, nak potong dadu pun boleh. tapi leceh la. zaman sekarang semua nk mudah-mudah dan senang-senang.

Ahhh, kita dah nak mula masak ni ye tuan-tuan puan-puan.

Panaskan kuali terlebih dahulu, lepas tu masukkan bawang yang telah dipotong tadi untuk kita tumis. tumis hingga naik bau ye. dah rasa bau n dah pendih  mata anda, kita masukkan ayam yang dikisar tak berapa hancur tadi dalam kuali sampai la tak basah, alah mcm goreng ayam juga.k

lepas  nampak ayam mcm dah nak garing, masukkan lobak sebanyak mana yang korang nak. tapi lobak ni kene masak kejap je nanti hilang pula khasia nya. lepas tu kita masukkan sos tomato secukup yang perlu la. kita gaul punya gaul punya gaul.. eh kejap Chep lupa tutup api masa masukkan lobak. tutup api dulu baru masukkan lobak lepas tu baru gaul-gaul. dan jangan lupa taburkan serbuk black paper untuk menambah sedikit rasa.

ok sekarang kita dah siap Bahan A.
dan begini la hasil Bahan A yang telah siap.


Ok sekarang kita sediakan Bahan B pula

Macam Chep, Chep makan 4 keping roti  tu pun tak cukup lagi. so kita sapukan 4 keping roti tu dengan mayonis, lagi tebal lagi sedap. sapu macam ni ye.


lepas dah sapu-sapu, potong sosej kecik-kecik nipis-nipis macam ni

kemudian rebus sosej macam korang wat maggi tu, tapi kalau taknak rebus pun takpe sebab kita akan panaskan roti tadi dalam oven. tu cerita nanti. lepas korang dah potong dan rebus, korang susun  sosej tadi macam gini. ikot korang la nk letak banyak-banyak ke tak, kalau Chep letak je banyak sedap sikit. tak gituuu..



lepas dah letaksusun sosej macam pic di atas, "timbuskan" sosej tersebut dengan Bahan A
 yang kita buat pada awal siaran tadi. timbus dan ratakan sehingga memenuhi ruangan permukaan roti tersebut.

kemudian kita taburkan cheese atas timbunan Bahan A seperti pic di bawah. Banyak pun takpe, nanti makan sampai mejilat jari. hehe


lepas dah ditaburkan , tiba masanya utk kita meng"horny"kan pizza tersebut didalam oven supaya nampak lebih mengancam seterusnya dapat meninggikan lagi nafsu makan pada ketika itu. Chep berani jamin korang tak dapat menahan nafsu korang sebab baunya sangat la menyelerakan selepas dipanaskan. oh ya panaskan selama 5-10 min. Lama-lama sangat nanti rotinya kering dan keras.


tengok lama-lama pizza ni. aummm~ 
dapat lihat cheese mencair. aiseh. menyelerakan.

dan apabila siap, inilah hasil sepenuh nya. 




ok ini sahaja masakan kita pada minggu ini.set makanan untuk bujang-bujang. dengan itu  maka tamat la sudah episod kita pada minngu ini. semoga kita bertemu kembali dengan lain-lain resepi. Selamat Mencubaa~.


bintang kecil:ayat terpaksa menggedik sikit, jadi chep kan. haha. selamat mencuba pizza buatan sendri ni.

Saturday, June 18, 2011

Masalah Kawan

Aku punya kawan yang ramai. Oleh kerana ramai, maka macam-macam masalah dilontarkan
bagi meringankan sedikit beban. Yang terbaru masalah percintaan. Ya percintaan antara hati lelaki meresap ke hati perempuan.Awalannya sungguh sempurna dan berbunga. Segalanya indah. Masalahnya timbul bila mana hati perempuan yang cepat berubah. maksud aku sesetengah perempuan. Si lelaki impikan kemanisan cinta seperti kemanisan yang dapat dilihat dari kisah percintaan kawannya.Hati perempuan dilanda angin monsun maka beralih kepada cinta lama yang berkeadaan kekeliruan.

Cinta ni bukan pasal kasih sahaja, banyak aspek lain yang perlu ada lebih-lebih lagi Kejujuran.Cinta bukan mudah.

Dan Kalau itu bukan jodoh kau, kau buat macam mana sekalipun, tetap bukan jodoh kau.

Dalam bercinta kau kena rasa itu ini, kalau-kalau jodoh kau tidak berpanjangan, kau sudah perpengalaman walaupun sedikit kecewa kau rasa. mungkin ini bukan masa kau lagi, jadi cari la suatu keadaan yang bagi kau rasa happy. mungkin bersama kawan-kawan.

kadang-kadang kawan pun lagi penting dari kekasih~


"Allah menguji hambaNya mengikut keupayaan hamba". patut berbangga bila diuji olehNya.

Monday, June 6, 2011

Pilihan

Itu Ini
mungkin
Kanan Kiri
atau mungkin
Atas.
Semua merasa pilihan.Mana yg terbaik?

arrgghh!
aku kalah lagi dgn pilihan kali ni.

Friday, June 3, 2011

 menjeruk perasaan~
ya aku xbisa menonjolkan perasaan tu pada sesiapa
dan aku xsuka menonjolkan perasaan tu pada sesiapa.

aku sedang rindu akan seseorang~