Sunday, October 30, 2011

"If you love two people at the sam time,choose the second one because if you love the first one , you wouldn't fallen for the second. then but ur relation with the second will not be long forever"

Wednesday, October 26, 2011

Sentiasa di belakang

Awan Bergerak laju
Tak Menunggu
Ketinggalanlah aku.

Matahari timbul ikut waktu
Tak Menunggu
Ketinggalan lagi aku.

Aku masih di situ
Dibelakang mu
Sentiasa...
Wahai "suatu yang pernah" padaku.

Kajang,
26/10/2011-3:12pm



Monday, October 24, 2011

Baling Campak


Perasan aku
aku sudah baling campak semuanya ke pantai.
kenapa masih ada lagi
rasa itu.

Mungkin silap aku,
baling campak semuanya
pada pantai yang berombak.

......mendarat kembali rasa yang aku campak tadi.


18/10/2011-6ptg
Sebelah tingkap menghadap KPM.

Wednesday, October 19, 2011

Tanpa Tajuk

Manusia.
Ye semestinya yang normal macam aku kau kita mereka kalian dan dia
punya pilihan. Banyak. Sana sini situ.
jalannya yang mana? Bisa dicari, Pilihan yang punya jalan tanpa sampah?
Maksud aku dugaan yang rumit.

Aku. Lelaki. Punya pilihan. Banyak. Pening.Semua tu tanggungjawab.
Sebulan yang lepas, aku terpaksa dan dipaksa untuk memilih pilihan aku. Maksud aku jalan yang baru.
Tapi lebih kepada melupakan kenangan lama. Haha. melupakan,memang tak akan lupa. Kenangan selama setahun yang aku curi mungkin.
Mungkin aku curi daripada pemilik hatinya sekarang.
Sudah semestinya  orang disekeliling senyum aku, gelak aku.
sambil aku sedang sujud ke bumi selepas terjatuh dalam jalan pilihan aku. Senyum lagi.

Aku bukan nak cerita tetang aku tapi tentang hidup.
Masing-masing mahu aku kita mereka dia faham perasaan masing-masing.
Perempuan faham perasaan wanita. Lelaki faham perasaan belia.
Cerita tentang perasaan? memang tiada sudahnya.
Sebab, perasaan tu boleh berubah sekelip mata.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan parents? bergetar getar memberontak. goyah.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan kawan sahabat? boleh berubah, elastik. datang dan pergi.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan kekasih? lagi la sangat sangat boleh berubah. rapuh.

Pada aku perasaan lebih kepada sayang dan cinta.
Konsepnya senang. kau jujur. kau dapat hasil jujur. berkat.
Contohnya. Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan parents, hidup kau berkat dengan doa ikhlas dan jujur dari parents.
Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan sahabat kawan, hidup kau berkat dengan kekuatan hubungan sahabat kawan yang jujur antara satu sama lain.
Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan kekasih, hidup kau berkat dengan wujudnya penerimaan kelemahan antara satu sama lain.
Nampak atau tidak permainan konsep tadi. Jujur dan Berkat merupakan elemen lengkap untuk Kehidupan.
Sebenarnya banyak lagi contoh, tapi Manusia memang tidak lari dengan Perasaan.

Aku kau kita mereka kalian dia telah dicipta olehNya,
Nak lebih berkat hidup,aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan Allah. SEMPURNA~




NOTA KECIL:Maap kepada yang terasa selepas membaca sebab cerita tentang perasaan memang mudah terasa. Manipulasi kelemahan untuk jadi kuat.Dan aku masih tak berupaya memanipulasinya sehingga hari ini cukup sebulan.



Sunday, October 16, 2011

Dah lama dah

Kau tunjukkan aku kelemahan
Ye kelemahan aku.
tapi tak bisa aku melihat.

Bila kau beritahu aku?
dah lama dah.
Kau agak aku perasan?
Mungkin.

Bila kau tunjuk?
dah lama dah
Kau agak aku perasan?
Mungkin.

Bila kau pujuk?
dah lama dah
Kau agak aku perasan?
Mungkin.

Bila kau sogok?
dah lama dah
Kau agak aku perasan?
Mungkin.

Bila kau buang aku?
dah lama dah

Bila kau jumpa yang baru?
pun dah lama dah

Ok
Kau boleh bahagia dengan  yang baru, Aku tunggu
Kalau tak bahagia, aku ada disini, dah lama dah tunggu kau,


Saturday, October 8, 2011

AJAR AKU

Ajar aku,
Ajar aku banda yang baru,
Ajar aku,
Ajar aku jadi yang baru.






Tuesday, October 4, 2011

Jurnal Lepas Buangan


ditinggalkan atau meninggalkan. aku pun xpasti yang mana satu.
seinggat aku, aku yang tinggalkan. mungkin kerana aku xtahan dengan esak tangisannya.
dalam kepala aku masa tu hanya pikir dia sengsara. jadi aku lepaskan dia.

dan kini.. aku pula yang sengsara.
sesuatu yang dulu aku jaga dalam diam, terlepas juga seperti yang aku pernah mimpikan.
ye aku pernah mimpi suatu malam tentang itu. tapi aku diam, pendam dari kau.
mungkin sbb aku terlalu diam menjaga ataupun terlalu diam sayangkan dia.

dia tak nampak apa yang aku buat. apa yg aku cuba korbankan. apa yg aku cuba tunjukan.
sbb aku si pendam rasa.

hasilnya. aku ditinggalkan. aku meninggalkan.

cuba mencari peluang. tapi kosong. aku tetap kosong.
dia tetap berisi.  berisi dgn jiwa baru. berisi segalanya. aku tetap kosong lagi.

masih tak dapat terima. aku ditinggalkan dan meninggalkan.
aku selalu doa, agar dpt kembali bersama seperti dulu.

kata ibu: "kalau tu dah jodoh kau, kau tetap dpt ape yang dh dijodohkan. ibu pun selalu doakan anak2 ibu dpt pasangan hidup yg terbaik".


kata teman: "mybe dia nak tunjuk kat kau ke, nk bagi kau sedar ke.nak buat kau jeles ke, IsnyaAllah dia akan jadi milik kau".

aku xkuat tanggung beban perasaan.
tapi aku perlu himpunkan semua doa aku, utk jadi kenyataan . InsyaAllah.
walau terpaksa byk menangis. bukan senang aku nangis kerana perempuan kecuali untuk ibu aku.

MOGA ALLAH KUATKAN AKU!
MOGA ALLAH MAKBULKAN SEGALA DOA AKU~
AMIN~