Friday, April 29, 2011

Masih belum sempurna!

Wednesday, April 27, 2011

Barangan Luar Dimensi


Semua di atas adalah barangan paling penting bagi aku bila keluar mana-mana.(lukisan otak jari luar dimensi):

1-Topi menggantikan songkok. dulu aku sekolah agama, semestinya kena pakai songkok la kan. bila dah xsekolah agama, aku ambil inisiatif lain yang lebih bergaya untuk menggantikan songkok maka aku pilih topi.kalau korang perasan, aku kuar jalan mana-mana xpernah tinggal topi kecuali pakai kemeja. for now baru 3 topi je. 1 topi volcom abang aku bagi, lagi 2 tu beli sendiri.lemak la semua nak orang bagi.

2-Kamera cilok. wait2. Ye, dulu aku memang kaki cilok. FAKTA! tapi aku bukan cilok orang lain punya kamera weh. aku "pinjam" kakak aku punya kamera. dia pun xguna dah so aku ambil jela. dia pun tau aku minat kamera. lagipun kamera Canon PowerShot A570IS. Bateri AA je. xmampu nak beli DSLR. Bersyukur je weh, boleh snap pic juga. "use ur eye to snap, not use ur ego" ramai sekarang nak menunjuk je ada DSLR. jangan terasa. Hampeh weh~

3-Mp3 beli dekat dengan TS. alah xkan xtau jiran sebelah bangunan TS tu. yang dulu korang ulang alik dok lepak sana, xmcm korang ulang alik g surau. amboi gurau kasor. Mp3 aku ni dah jarang guna sejak charger dia wat hal. maka aku simpan wat perhiasan. tapi berguna bila balik kampung. yela, masing2 ada taste masing2. so aku suka layan lagu aku minat bukan siaran Sinar.fm. hehe

4-Domokun. aku ni jenis yang malas nak guna dompet besar berkulit. so aku beli domokun ni, dan sumbat segala duit dan lain-lain barang dalam tu. nampak mcm keperempuanan kan? xpe now dah jadi trend kot. lagi pun aku pencinta perempuan, biar lah nampak keperempuanan. dalam hati aku ada taman juga weh~

5-Jam dan gelang ala-ala jade. jam G-Shock tu abang aku bagi. banyak betul dia bagi barang kat aku.rezeki jangan ditolak weh. ambil jela.

6-Telefon bimbit amat berguna dalam era globalisasi. baik untuk calling, texting, sexting (eh), save itu ini kan. ok, phone aku phone kuno, kalau yang guna blackberry boleh la berinternet kan. hangpa suma kaya raya, boleh la merasa phone canggih tu.



bintang kecil: maap la lukisan buruk je. gunakan gaya sendiri untuk menghasilkan new post padahal dh xtau nk cite ape. :)

Monday, April 25, 2011

Aku bukan wanita, tapi aku minat wanita bertudung, nak2 si Atendaae saya. hehe.
This is new style for hijabsters:

     

First tutorial vid from Yuna Zarai I think.


Saturday, April 23, 2011

kaca

Aku berhati kaca,
Bisa dipandang
Bisa dilap kotoran kacanya
Dan paling penting
Aku berhati kaca yang mudah terlerai
    -
    -
Ya, terlerai berkecai.
sabar~

Wednesday, April 20, 2011

Ada kawan yang kita perlu kawan,
Ada kawan yang kita perlu kenal saja.
                    -
                    -
So jangan kata aku bukan-bukan lah weh.
prinsip aku~

Sunday, April 17, 2011

 
Sentuhan otak jari dan ditambahkan dengan gentelan dalam Photoshop.



Tuesday, April 12, 2011

Egois

Ego aku sungguh agung,
Mana qalbumu?
              -
              -
Ayuh....
Hunuskan qalbumu pada dada egoku
Biar aku terpaku pada kaki qalbumu~

Jangan Berharap

PELIK
--
saya tidak punyai lesen tapi ada kereta.
Kerap mendatangkan masalah bila mau keluar kemana-mana.
Maapkan saya~
kau memang xda LIFE  EL.

Sunday, April 10, 2011

Bebal

::Pernah satu ketika dalam kamarku::
Memanjakan badan meletakkan kepala ke "empukan"
terfikir aku sekarang sudah bulan 4,
kalaulah aku pergi sekolah, mesti banyak benda aku belajar
ini tidak, membebalkan otak selepas tamat zaman persekolahan.
rindu pulak mahu ke  s e k o l a h.

Friday, April 8, 2011

Milik Orang

Aku kena terima
Yang dia pun milik orang lain juga sekarang ni
Jadi aku kena sabar dan terus support dia

Amin~~

Thursday, April 7, 2011

Damping Diri

selepas ketiadaan kembarnya,
dia mencari teman utk bermanja,
maka aku lah pengganti kembarnya,
tambahan pula kembarnya itu kucing aku.


dan kini dialah pendamping aku time wat keje kt pc.





bintang kecil: kadang2 aku tgk dia sedih jgk xde geng. terasa bhai.

Monday, April 4, 2011

Siblings Of E

Ehsan Hanafi, Esyatun Nadia, Erfan Haziq, Elyas Siddiq

"saat yang paling bermakna adalah saat apabila kita bersama adik beradik"





bintang kecil: lg sorang masih dlm proses ketika itu. haha. comel kn aku. hahaha