Saturday, July 12, 2014

REJEKI DARI MATA BUTA MULAI SEDAR

Beberapa hari lalu,

Berbaring aku di dalam kereta sambil mengira berapa bintang yang ada di dada langit. Kiraan aku semacam hampir ke ratusan atau mungkin ke ribuan. Padatnya seperti apa yang berada di kepala aku ketika itu. Penuh dengan hal-hal remeh-temeh. Mungkin yang paling difikirkan tentang rejeki.

Aku persoalkan itu dan ini tentang rejeki aku (untuk masa ini) seperti tidak punya Tuhan (Maha Memberi). Ya, aku tahu itu persoalan gila. Mungkin waktu yang sempit ini mendesak aku untuk mempunyai fikiran kolot seperti itu. Fikiran kolot pada Tuhan. Ampunkan Aku Tuhan.

Ada beberapa hembusan keluhan yang aku lepaskan rambang dengan sedikit lega. Persoalan-persoalan kolot tadi bertukar menjadi layar imbasan. Teringat aku pada beberapa kisah dan pengalaman; dari orang yang terdekat. 

Aku tersedar sesuatu;

Dalam hidup, Rejeki itu bukan hanya DUIT dan KEMEWAHAN yang kita impikan. Rejeki yang sebenar-sebenar rejeki itu adalah KESELESAAN dan KESENANGAN HIDUP.

Menghitung semula fikiran-fikiran dan dombaan kolot aku dan bahayanya sesuatu yang ada di kepala sendiri, aku cuma sedar yang aku terbuta dan lupa pada Keselesaan dan Kesenangan hidup yang aku ada. Sedangkan itu berupa rejeki yang aku nikmati tanpa kering dari Tuhan.

dan aku harus belajar hargai sesuatu (yang terberi) atas kemalasan sendiri.



”Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman” 
[QS. Az-Zumar : 52].

Sungguh, imanku masih goyah.

Tuesday, July 8, 2014

Deal Or Leave


Baru-baru ini ada banyak momen yang aku rasa aku dipersoal tentang berkawan. Dan aku mula tersenyum bila dipersoalkan tentang hal itu. Setidaknya aku tahu ada kenalan aku memerhati cara aku berkawan.

Aku anggap semua itu adalah persoalan dan point point negatif yang aku zahirkan.. Persoalan bagaimana aku memilih untuk berkawan. dan point negatif yang aku cuba buat untuk menidak; menampakkan cara lain pada semua pilihan yang aku buat.

Memilih?

Aku cuma ada jawapan ini:
Memang aku sengaja berkasar dengan si polan itu dan si polan ini. Perangai aku memang begitu, Kasar. Dan aku memang biarkan mereka nampak dan tahu buruk aku sebetulnya. Kerana sememangnya aku tidak memilih untuk berkawan. sebaliknya mereka yang memilih sama ada Mahu atau Tidak. Aku berkawan atas penerimaan mereka. 

dan sekali lagi
jujur aku tidak pernah memilih untuk berkawan.