Wednesday, October 19, 2011

Tanpa Tajuk

Manusia.
Ye semestinya yang normal macam aku kau kita mereka kalian dan dia
punya pilihan. Banyak. Sana sini situ.
jalannya yang mana? Bisa dicari, Pilihan yang punya jalan tanpa sampah?
Maksud aku dugaan yang rumit.

Aku. Lelaki. Punya pilihan. Banyak. Pening.Semua tu tanggungjawab.
Sebulan yang lepas, aku terpaksa dan dipaksa untuk memilih pilihan aku. Maksud aku jalan yang baru.
Tapi lebih kepada melupakan kenangan lama. Haha. melupakan,memang tak akan lupa. Kenangan selama setahun yang aku curi mungkin.
Mungkin aku curi daripada pemilik hatinya sekarang.
Sudah semestinya  orang disekeliling senyum aku, gelak aku.
sambil aku sedang sujud ke bumi selepas terjatuh dalam jalan pilihan aku. Senyum lagi.

Aku bukan nak cerita tetang aku tapi tentang hidup.
Masing-masing mahu aku kita mereka dia faham perasaan masing-masing.
Perempuan faham perasaan wanita. Lelaki faham perasaan belia.
Cerita tentang perasaan? memang tiada sudahnya.
Sebab, perasaan tu boleh berubah sekelip mata.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan parents? bergetar getar memberontak. goyah.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan kawan sahabat? boleh berubah, elastik. datang dan pergi.
Perasaan aku kau kita mereka kalian dia dengan kekasih? lagi la sangat sangat boleh berubah. rapuh.

Pada aku perasaan lebih kepada sayang dan cinta.
Konsepnya senang. kau jujur. kau dapat hasil jujur. berkat.
Contohnya. Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan parents, hidup kau berkat dengan doa ikhlas dan jujur dari parents.
Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan sahabat kawan, hidup kau berkat dengan kekuatan hubungan sahabat kawan yang jujur antara satu sama lain.
Kalau aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan kekasih, hidup kau berkat dengan wujudnya penerimaan kelemahan antara satu sama lain.
Nampak atau tidak permainan konsep tadi. Jujur dan Berkat merupakan elemen lengkap untuk Kehidupan.
Sebenarnya banyak lagi contoh, tapi Manusia memang tidak lari dengan Perasaan.

Aku kau kita mereka kalian dia telah dicipta olehNya,
Nak lebih berkat hidup,aku kau kita mereka kalian dia jujur dengan Allah. SEMPURNA~




NOTA KECIL:Maap kepada yang terasa selepas membaca sebab cerita tentang perasaan memang mudah terasa. Manipulasi kelemahan untuk jadi kuat.Dan aku masih tak berupaya memanipulasinya sehingga hari ini cukup sebulan.



No comments:

Post a Comment