Saturday, June 18, 2011

Masalah Kawan

Aku punya kawan yang ramai. Oleh kerana ramai, maka macam-macam masalah dilontarkan
bagi meringankan sedikit beban. Yang terbaru masalah percintaan. Ya percintaan antara hati lelaki meresap ke hati perempuan.Awalannya sungguh sempurna dan berbunga. Segalanya indah. Masalahnya timbul bila mana hati perempuan yang cepat berubah. maksud aku sesetengah perempuan. Si lelaki impikan kemanisan cinta seperti kemanisan yang dapat dilihat dari kisah percintaan kawannya.Hati perempuan dilanda angin monsun maka beralih kepada cinta lama yang berkeadaan kekeliruan.

Cinta ni bukan pasal kasih sahaja, banyak aspek lain yang perlu ada lebih-lebih lagi Kejujuran.Cinta bukan mudah.

Dan Kalau itu bukan jodoh kau, kau buat macam mana sekalipun, tetap bukan jodoh kau.

Dalam bercinta kau kena rasa itu ini, kalau-kalau jodoh kau tidak berpanjangan, kau sudah perpengalaman walaupun sedikit kecewa kau rasa. mungkin ini bukan masa kau lagi, jadi cari la suatu keadaan yang bagi kau rasa happy. mungkin bersama kawan-kawan.

kadang-kadang kawan pun lagi penting dari kekasih~


"Allah menguji hambaNya mengikut keupayaan hamba". patut berbangga bila diuji olehNya.

1 comment:

  1. betul kadang kadang friend should come first. so cari kawan y berguna n sekapal. hehe.

    ReplyDelete